Wednesday, June 16, 2010

TAHNIAH HAMDAN TAHA!

Tahniah Hamdan Taha kerana berjaya mencipta senario yang diinginkan. Anda berjaya melaga-lagakan kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir hanya kerana dendam bersifat peribadi ke atas sahabat-sahabat anda yang lebih dipercayai oleh beliau. YG melihat, permasalahan ini telah sampai ke kemuncaknya apabila Hamdan Taha dengan gerakan yang ada berjaya melaga-lagakan S/U Pergerakan Pemuda UMNO Perak merangkap Ketua Pemuda Ipoh Barat dengan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir.

Ia merupakan satu lagi kejayaan besar kepada Hamdan Taha setelah berusaha berkali-kali bak kata pepatah USAHA TANGGA KEJAYAAN dan akhirnya dia berjaya mencapai bintang di langit. Usaha kotor Hamdan Taha ini sebenarnya seperti baling batu sembunyi tangan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, memang benar Pemuda Ipoh Barat berjiwa pejuang, malah mereka cukup dikenali di UMNO Perak serta BPUNPk.

Apa yang dapat dilihat, sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku ini memberi peluang besar kepada puak-puak Pakatan Riak serta pengkritik-pengkritik politik untuk menghentam Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin MB Perak sedangkan kita tahu, kepimpinan Negeri Perak ketika ini berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Kewujudan GAZ ini hanya akan mencacatkan usaha-usaha yang telah dibuat malahan usaha yang telah dirancangkan bagi kesejahteraan semua.

YG cuma ingin bertanya...Siapa Hamdan Taha? Adakah dia S/U MB? Adakah dia Pegawai Khas kepada MB? kerana pada YG Hamdan Taha hanyalah seorang insan GAGAL kerana beliau GAGAL di dalam UMNO, GAGAL di dalam PKR dan kini gagal sekali lagi di dalam UMNO apabila dia tidak diberi keutamaan seperti yang diharapkan olehnya. Kerana KEGAGALAN itu, mengapa Hamdan Taha perlu campurtangan di dalam Politik Perak...
Katakan pada YG, siapa HAMDAN TAHA?

Thursday, March 11, 2010

TSUNAMI MELANDA PEMUDA TAMBUN.

Naib Ketua Pemuda Bahagian Tambun
Mazlan

Wahai Naib Ketua Pemuda Bahagian sdr. Mazlan, kenapa perlu di kepong YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian kita tu? Bukankah bila menjadi pemimpin, seseorang itu adalah milik semua rakyat? Bukan milik sesetengan orang sahaja?

Ana teringat sewaktu zaman Azizul menjadi Naib Ketua Pemuda Tambun, sama juga perangainya yakni mengepong YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian dari dirapati oleh mereka yang dirasakan mengancam ketokohannya. Tapi diakhirnya, dulu Azizul adalah orang kanan YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian sudah mula meninggalkan YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian. Kerja siapa semua ini? Jawapannya mudah kerja saudaraku Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun.

Itu tadi soal KEPONG dan PALAM, ini pula soal PALAM dan SABOTAJ. Siapa punya angkara? Jawapan bagi soalan tersebut adalah saudara kita, Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Perasan atau tidak program Pemuda Bahagian kian berkurangan. Seolah-olah saudara Ketua Pemuda Bahagian Tambun yang mesra dipanggil Sam tidak langsung berminat untuk menerajui Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Benarkah sdr Sam sudah tidak berminat? TIDAK BENAR sama sekali, ana dapat rasakan ini semua caturan dan game yang dicontrol oleh saudara kita Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Hebat abg pendek ni, badan pendek tapi akal panjang. Banyak program sebenarnya di rancang oleh sdr Sam untuk dilaksanakan di Tambun khas buat Pemuda Bahagian. Tapi tindakan Mazlan mengsabotaj setiap program adalah amat tidak dapat diterima oleh Ana. Kenapa perlu di palam program yang melibatkan pemuda khasnya MELAYU? Tentu Mazlan ada jawapannya.

Begitu hebat mainan Mazlan hinggakan sanggup menjatuhkan Ketua Pemuda Bahagiannya sendiri. Dengan cara mencucuk YB Dato’ Seri Ketua Bahagian dan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang lalu, Mazlan berjaya menghilangkan keyakinan Sam untuk turun ke kawasan serta mengadakan sebarang program tanpa Mazlan disisi. Kerana agenda busuk antara Mazlan, Suhaimi Din dan Cik Na maka terkapai-kapailah Sam di bahagiannya sendiri. Seolah-olah Sam adalah orang asing hingga di saat ini kalau semua perasan bila Sam pulang ke Ipoh, beliau tidak akan bersama Mazlan. Hanya kerana apa? Kerana Sam tahu bahawa mereka ini adalah GUNTING DALAM LIPATAN UMNO TAMBUN. Mereka boleh menaikkan seseorang dan mereka juga mampu menjatuhkannya seandai nafsu serangkah mereka tidak dituruti.

Saudaraku di Bahagian Tambun, nilailah sendiri. Jangan diterima sebulat-bulatnya andai anda tidak yakin. Tapi berwaspadalah anda ketika bersama mereka sebelum anda menjadi MANGSA SETERUSNYA.

Wasalam dari ANA.....................

Tuesday, March 9, 2010

UMNO Tambun mula berkocak..

YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Kini sah UMNO memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Pemerintahan menggunakan suara Mahkamah yang sememangnya menjadi bahan atau jentra paling bernesan buat kerajaan Barisan Nasional khasnya UMNO.

Setelah setahun memerintah apa yang berjaya Kerajaan Negeri bawah kepimpinan Dr. Zambry lakukan. Ana fokus di Ipoh, bandaraya yang pesat membangun. Dari segi pentadbiran bandaraya Ipoh adalah di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, perjalanan pentadbiran dibantu oleh ahli-ahli majlis lantikan parti politik yang memerintah. Kini UMNO/BN adalah pemerintahnya jadi perlantikan ahli majlis adalah bawah kuasa mereka.

Encik Nasir Ismail

Ana membangkitkan soal Majlis Bandaraya Ipoh adalah kerana ingin menceritakan perihal tingkah laku dan sikap seorang ahli majlis khasnya dari proksi UMNO Bahagian Tambun iaitu En. Nasir Ismail, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tambun. Antara orang kanan kepercayaan YB. Dato’ Seri Husni Hanadzlah. Namun kepercayaan YB. Dato' Seri Husni kepada si Cik Na telah dinodai.
Mengimbas kembali sejarah politik Cik Na, dimana Cik Na pernah digulingkan pada lewat 90 an sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak dan digantikan oleh Dr Zambry. Semua berpunca dari rasa tidak puas hati Ketua2 Pemuda Bahagian berkenaan agihan keuntungan projek balak (balak lagi).

Sejarah hanya tinggal sejarah, dulu lain, sekarang lain. Kini Cik Na mula mengatur langkah dalam pengagihan tender di dalam MBI. Tidak cukup dengan itu, ana dengar cerita beliau juga bernafsu dalam menukarkan Datuk Bandaraya Ipoh. Kenapa hendak ditukarkan, hanya kerana dendam kesumat beliau yang masih belum terpadam sehingga ke hari ini.

YB Dato’ Nadzri Ismail

Itu di MBI, dalam politik UMNO Tambun, Cik Na aka Playboy Malaya dikatakan sudah mula melaga-lagakan Ketua-Ketua cawangan khasnya yang berada di DUN Manjoi untuk menafikan usaha dan gerak kerja YB Dato’ Nadzri Ismail yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun. Tak padan dengan 'pendek' nampak gayanya Cik Na ni bernafsu juga untuk melobi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi.

Tak terfikirkah Cik Na bahawa setiap perbuatan yang jahat sudah pasti akan ada balasannya, cuma cepat atau lambat untuk diterima. Hukum karma, 'what goes around comes around'.

Ana juga dimaklumkan, kerja menjatuhkan dan memburukkan YB Nadzri Ismail bukan dilakukan oleh Cik Na seorang. Tapi di bantu oleh beberapa rakan lain yang punya agenda seakan serupa dengan beliau. Suhaimi Din Pegawai Parlimen kepada YB Husni kalau dilihat cara penampilan beliau tidak ubah seperti Setiausaha Politik kepada YB Husni. Mungkin sebab itu beliau kini dikatakan juga melobi agar Saudara Amin, Setiausaha Politik YB Husni di Kementerian Kewangan dikeluarkan. Dengan harapan beliau akan mengambil alih jawatan tersebut. Kenapa tidak duduk bekerja sahaja di Pejabat Ahli Parlimen di Tambun bukan duduk di KL sahaja.

Mazlan Abd Rahman

Saudara Mazlan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Seorang kakitangan Pejabat Hutan yang menjalani kehidupan mewah melebihi seorang pengarah urusan syarikat. SPRM perlu siasat beliau. Selain melaga-lagakan kepimpinan pemuda UMNO Perak, beliau juga menggunakan Nasir Ismail dalam memastikan kroni-kroni yang menyokong mereka bertiga terus mendapat projek di dalam MBI. Ana ingin bertanya kepada Mazlan, di mana kekuatan anda, adakah hanya sekadar kuat untuk mengadu domba?

Teluskah mereka ini? Haruskah orang sebegini dibiarkan terus mencalar imej pemimpin UMNO kita yang sering dipandang serong oleh rakyat? JUJUR kah mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai PEMIMPIN? Kenapa YB Nadzri Ismail ADUN Manjoi di lagakan bersama AJK Bahagian dan Ahli di Peringkat cawangan dalam DUN TAMBUN? Inilah cara halus yang membuat UMNO rebah di muka buminya hasil usaha dari ahli UMNO itu sendiri demi mengisi perutnya sendiri dengan memijak kepala bangsanya sendiri.

Orang seperti Nasir Ismail, Suhaimi Din dan Mazlan harus di NYAHkan dari Bahagian Tambun. Mereka ini adalah duri dalam daging, sel KANSER yang jika dibiarkan akan membunuh politik YB Dato’ Husni secara halus. Sekiranya tidak dirawat atau dibuang, bukan Dato’ Husni sahaja yang rugi malah UMNO Tambun akan mendapat badinya sendiri.

Nantikan pendedahan seterusnya dari ana kepada anda semua. Renungkanlah dan perhatikan pergerakan dan cara kehidupan mereka. Andai ada yang mengatakan ana menipu maka anda layak membaca dan anda juga layak menilai sejauh mana kebenaran cerita ana ini.

Monday, March 1, 2010

21 DALIL PAS TERMASUK DALAM PERKARA-PERKARA AJAIB DUNIA

Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=35716