Tuesday, March 9, 2010

UMNO Tambun mula berkocak..

YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Kini sah UMNO memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Pemerintahan menggunakan suara Mahkamah yang sememangnya menjadi bahan atau jentra paling bernesan buat kerajaan Barisan Nasional khasnya UMNO.

Setelah setahun memerintah apa yang berjaya Kerajaan Negeri bawah kepimpinan Dr. Zambry lakukan. Ana fokus di Ipoh, bandaraya yang pesat membangun. Dari segi pentadbiran bandaraya Ipoh adalah di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, perjalanan pentadbiran dibantu oleh ahli-ahli majlis lantikan parti politik yang memerintah. Kini UMNO/BN adalah pemerintahnya jadi perlantikan ahli majlis adalah bawah kuasa mereka.

Encik Nasir Ismail

Ana membangkitkan soal Majlis Bandaraya Ipoh adalah kerana ingin menceritakan perihal tingkah laku dan sikap seorang ahli majlis khasnya dari proksi UMNO Bahagian Tambun iaitu En. Nasir Ismail, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tambun. Antara orang kanan kepercayaan YB. Dato’ Seri Husni Hanadzlah. Namun kepercayaan YB. Dato' Seri Husni kepada si Cik Na telah dinodai.
Mengimbas kembali sejarah politik Cik Na, dimana Cik Na pernah digulingkan pada lewat 90 an sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak dan digantikan oleh Dr Zambry. Semua berpunca dari rasa tidak puas hati Ketua2 Pemuda Bahagian berkenaan agihan keuntungan projek balak (balak lagi).

Sejarah hanya tinggal sejarah, dulu lain, sekarang lain. Kini Cik Na mula mengatur langkah dalam pengagihan tender di dalam MBI. Tidak cukup dengan itu, ana dengar cerita beliau juga bernafsu dalam menukarkan Datuk Bandaraya Ipoh. Kenapa hendak ditukarkan, hanya kerana dendam kesumat beliau yang masih belum terpadam sehingga ke hari ini.

YB Dato’ Nadzri Ismail

Itu di MBI, dalam politik UMNO Tambun, Cik Na aka Playboy Malaya dikatakan sudah mula melaga-lagakan Ketua-Ketua cawangan khasnya yang berada di DUN Manjoi untuk menafikan usaha dan gerak kerja YB Dato’ Nadzri Ismail yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun. Tak padan dengan 'pendek' nampak gayanya Cik Na ni bernafsu juga untuk melobi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi.

Tak terfikirkah Cik Na bahawa setiap perbuatan yang jahat sudah pasti akan ada balasannya, cuma cepat atau lambat untuk diterima. Hukum karma, 'what goes around comes around'.

Ana juga dimaklumkan, kerja menjatuhkan dan memburukkan YB Nadzri Ismail bukan dilakukan oleh Cik Na seorang. Tapi di bantu oleh beberapa rakan lain yang punya agenda seakan serupa dengan beliau. Suhaimi Din Pegawai Parlimen kepada YB Husni kalau dilihat cara penampilan beliau tidak ubah seperti Setiausaha Politik kepada YB Husni. Mungkin sebab itu beliau kini dikatakan juga melobi agar Saudara Amin, Setiausaha Politik YB Husni di Kementerian Kewangan dikeluarkan. Dengan harapan beliau akan mengambil alih jawatan tersebut. Kenapa tidak duduk bekerja sahaja di Pejabat Ahli Parlimen di Tambun bukan duduk di KL sahaja.

Mazlan Abd Rahman

Saudara Mazlan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Seorang kakitangan Pejabat Hutan yang menjalani kehidupan mewah melebihi seorang pengarah urusan syarikat. SPRM perlu siasat beliau. Selain melaga-lagakan kepimpinan pemuda UMNO Perak, beliau juga menggunakan Nasir Ismail dalam memastikan kroni-kroni yang menyokong mereka bertiga terus mendapat projek di dalam MBI. Ana ingin bertanya kepada Mazlan, di mana kekuatan anda, adakah hanya sekadar kuat untuk mengadu domba?

Teluskah mereka ini? Haruskah orang sebegini dibiarkan terus mencalar imej pemimpin UMNO kita yang sering dipandang serong oleh rakyat? JUJUR kah mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai PEMIMPIN? Kenapa YB Nadzri Ismail ADUN Manjoi di lagakan bersama AJK Bahagian dan Ahli di Peringkat cawangan dalam DUN TAMBUN? Inilah cara halus yang membuat UMNO rebah di muka buminya hasil usaha dari ahli UMNO itu sendiri demi mengisi perutnya sendiri dengan memijak kepala bangsanya sendiri.

Orang seperti Nasir Ismail, Suhaimi Din dan Mazlan harus di NYAHkan dari Bahagian Tambun. Mereka ini adalah duri dalam daging, sel KANSER yang jika dibiarkan akan membunuh politik YB Dato’ Husni secara halus. Sekiranya tidak dirawat atau dibuang, bukan Dato’ Husni sahaja yang rugi malah UMNO Tambun akan mendapat badinya sendiri.

Nantikan pendedahan seterusnya dari ana kepada anda semua. Renungkanlah dan perhatikan pergerakan dan cara kehidupan mereka. Andai ada yang mengatakan ana menipu maka anda layak membaca dan anda juga layak menilai sejauh mana kebenaran cerita ana ini.

41 comments:

teropongalam said...

Benar ke cerita ini. Kalau benar ia akan merosakan imej UMNO Tambun khasnya YB Ketua bahagian itu sendiri. Siasatlah.

Ipoh Gurl said...

Inila masanya untuk kepimpinan UMNO membuktikan bahawa mereka telus dalam mendokong kepercayaan yang telah diberikan.Apa lagi yang ditunggu, siasatan harus dimulakan agar tidak sampai ke tahap kritikal...

PasTambun said...

Ini namanya UMNO Bahagian Tambun. Tahniah kepada YB Husni kerana melahirkan menyangak dan penyamun.

Sarqina said...

kalau betul cerita ni...
sahlah Khairy Jamaludin dah berjaya merosakkan UMNO dari dalam.

Mahasiswa said...

Inilah UMNO beb! cantas mencantas, hentam menghentam, kroni-kroni dan pelbagai lagi agenda yg menghantui UMNO. Siapa kata UMNO tidak seperti Pakatan.Sama je.Cumanya, hanya segelintir je yang berperangai dan bersifat sebegini.

Tidak seperti Pakatan, nakhoda nya yang tak betul, maka anak kapal pn follow the leader lah! tu pasal karam di tengah lautan KARPAL SINGH.

Anonymous said...

Hapus kan je dalang-dalang perosak bangsa ni! mana yg pe'el cenggini, bikin busuk nama ubn je!

PKR SELAMANYA said...

Wah! agih tender boleh di atur2 ye? bagus camni, buat slalu..

UMNO kan bodoh! selamanya bodoh!

Anonymous said...

Tambun tak maju mana, maju lagi pemimpinnya. Maju tikam belakang, maju menipu orang, maju mencari duit haram, MAJULAH PAS.

Perak Reform said...

salam y-gen,

Alhamdulillah ada pendedahan sebegini.Setidaknya rakyat akan tahu kisah sebenarnya. Pengagihan tender yang dirancang sebenarnya meninggalkan perspektif yang buruk rakyat pada MBI.

Elakkan lah kronism.Inilah punca pergaduhan umat Islam. Apabila harta dan kekayaan diutamakan, datanglah bisikan iblis utk menutup hati keturunan Adam dan dicubanya sehingga gelap segelapnya.

QunfayaQun said...

Qunfayakun!

Maka apabila Allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia.

Maka apabila Allah mahukan UMNO dijatuhkan oleh ahli nya sendiri, maka insyallah, UMNO akan kecewa PRU13 nanti.

Allah bersama orang yang solihin. Nasihat ana,jika ada insan sebegini, pimpin dan tegurlah beliau agar berubah dan kembali bersatu di bawah satu bumbung bertuhankan ALLAH.

Anak Perantauan said...

john, tambun tempat mengundi aku.walaupun aku jauh di perantauan, aku sedihlah umno ada perbalahan dalaman macam ni.kepada yg terlibat, hentikanlah sifat begini.Ia merugikan Tambun dan umno amnya.

Anonymous said...

kecoh dol cite ni. member gua siap forward email lu orang. gua bukan apa,jgn sampai pr tau sudah..letup la umno tambun.

Anonymous said...

YB Husni bela penyamun? WHAT THE HELL!

Please kick out this bloody shit!

New Age Outlaws said...

Terima kasih kepada semua yang menghantar komen. Ana cuma mahukan agar keadilan dapat ditegakkan dan individu yang menjadi punca perbalahan dalaman UMNO ini dapat disahut pemimpin atasan.

Kpd YB Husni, ana berharap agar orang-orang kanan YB ini dapat ditegur atau DIBUANG sahaja dari status kepemimpinan mereka.

Ana tertarik kata-kata Saudara Mahasiswa di atas,

Elakkan lah kronism.Inilah punca pergaduhan umat Islam.

Salam.

Anonymous said...

INI SEMUA KJ PUNYA KERJA! GO KJ GO. SELAGI KAU JADI KETUA, SELAGI TU ADA ORG IKUT JEJAK KAU!

PAS BAGAN DATOH said...

Assalamualaikum wbt,

PAS Itu Islam. Sokong Islam anda selamat dunia akhirat. Kalau cukup sembahyangnya , tidak akan jadi sifat tamak dan rebut kuasa macam kes ini.

Bro said...

bro, ko siasat pulak KP Tambun. Aku dengar, dia buat hal gak. ok bro.

Anonymous said...

Keikhlasan Umno dalam membela nasib Melayu terus dipertikai oleh rakyat ekoran beberapa pemimpin parti perkauman tersebut dilihat mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat PAS negeri di sini semalam, Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain mendakwa amalan kronisme dan nepotisme tersebut sebagai salah satu punca yang mendesak Umno negeri takut membubarkan Dun Perak seperti yang dicabar oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dakwanya lagi, budaya kronisme-nepotisme tersebut mengakibatkan kepemimpinan Umno negeri sendiri sedar bahawa hanya ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja sedang menyokong kerajaan ‘kudeta’ Perak, seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Sedangkan rakyat, menurutnya lagi kian celik politik apabila membandingkan antara kerajaan negeri era Pakatan Rakyat yang dilihat bersih denga kerajaan negeri era Umno serta BN yang dianggap kronisme nepotisme.

Mengambil contoh inisiatif Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengadakan rumah terbuka khas sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa Umno sekarang sedang cemas melihat sindrom penolakan rakyat bukan Melayu dan bukan BN ke atas ‘kerajaan mahkamah’ di Perak.

Sehubungan itu, beliau menaruh rasa yakin bahawa masyarakat Melayu dan bukan Melayu di Perak umumnya bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana menolak budaya kronisme-nepotisme yang dilihat lazim dilakukan oleh Umno peringkat negeri dan nasional.

Anonymous said...

Assaamualaikum, saya pengundi tambun, saya tertanya2 kebenaran apa yg penulis suarakan malah dihujung penulisan ini pun penulis cuba melepas tangan dgn meletak kepada pembaca segala persoalan.

penulis harus diingatkan bahawa sekiranya fitnah yg dibuat maka dosanya masyaAllah hanya Allah s.w.t yg akan membalasnya kerana setiap tulisan yg fitnah aka dibaca jutaan manusia malah fitnah kepada individu, hanya individu tersebut saja yg boleh memaafkan barulah InsyaAllah di alam barzah akan selamat nauzubillah.

Dalam berpolitik terutama politik melayu mempunyai banyak unsur2 PHD, saya mengenali YB Dato Sri Haji Husni malah memang Tambun berubah sejak diambil ditanggan kepimpinan dahulu, hanya mereka yg benar2 mampu saja yang boleh mengikuti jejak kepimpinan Dato Sri Haji Husni, malah seperti tokoh2 yang saudara tonjolkan seperli Haji Nasir, Suhaimi, mereka pernah menabur jasa yang mungkin sauadara sendiri tidak pernah lakukan untuk masyarakat Tambun, Mazlan saya tidak kenali tapi apa fakta dan bukti yang saudara ada, jika ada unsur2 rasuah atau apa pun laporkan secara berani, hebatkah Haji Nasir hingga mampu menukar Datuk Bandar Ipoh, adakah Hajii Nasir selaku Ahli Majlis dia seorang menetukan tender, hebat kalau begitu, sedangkan realitinya ada jawatankuasa tender, jangan memfitnah, mampukah hanya 3 orang untuk menukar kepimpinan Tambun, jika benar pun maka saudara sendiri yang mengiktiraf kehebatan mereka.

Ingat kerana tulisan saudara menyumbang kepada kekalahan Tambun, sedangkan sejak azali walau tsunami, walau taufan Tambun tetap kukuh dan kuat UMNO/Bn nya dalam Daerah Kinta dan dalam Bandaraya Ipoh.

Saudara harus menulis secara berhemah dan berbudi bahasa, jangan gunakan blog ini sekadar untuk menjatuhkan individu lain malah UMNO/Bn itu boleh tercalar. apa kehidupan sebenar mereka itu sauadar dan kita semua tak tahu, apa kesusahan kehidupan mereka seta masa untuk keluarga kita tak tahu, kita hanyamemgamalkan politik dengar kata orang, cakap kedai kopi, malah tak tahu pun perit maung mereka2 yang berjuang menjaga UMNO/Bn dan terus berjaga di fitnah seumpama rupa.

Apapun nasihat saya ubah lah cara penulisan berunsur fitnah, INGAT sama kehidupan di alam barzah.

Ini lama blog saudara, dan hak saudara untuk mengulas apa yang saya katakan, tetapi ingat memfitnah umpama membunuh saudara sendiri, nauzubillahh.

saya doakan saudara sekeluarga dilindungi Allah hendaknya.

Amin Ya rubil allamin.

Wassalam.

Anonymous said...

Lu lalut la bro, Lu punya cerita Pening... Wa campur SKUAD PEMUDA TAMBUN, atas usaha brother Mazlan, Wa ikut semua skuad punya kerja, mcm minggulepas tak kering peluh bro,Kira orang buat kerja kebajikan...Wa bangga setidak Nya Wa Ada Sagan sekali buat sumbangan unt UMNO Tambun bro...bukan mcm lu tak campur tapi tulis pulakcerita lalut... Tak betul pulak tu...Wa tk respek Lu la bro.

anti genetik Y said...

ini blog young generation pengkhianat bangsa ni...

Anonymous said...

ada yg menyokong, ada yg tidak...tp, yg pasti, individu2 tersebut gunakan nama Ketua Bahagian utk mendapat kemewahan wang ringgit serta kemudahan tiap kali ke Kuala Lumpur.

Tinggal di hotel2 mewah serta ke karaoke mewah dan juga di kelilingi perempuan2 setiap kali ke Kuala Lumpur..Apa hal ke KL tiap2 minggu..? Meeting ? Jumpa siapa ? Dgn Siapa ? Jgn terpedaya umno melayu tambun, di tambun baiknya mcm tok imam, di KL dah mcm pelesit.....kikis & minta wang tanpa segan silu dr pengusaha2 cina.....atas hubungan dgn MK2...

Menipu, mengambil wang dan gunakan nama Ketua Bahagian....lambat laun, akan terbongkar juga semua kurap2 di badan......Perjuangan dilaungkan, parti diutamakan, tp individu disebut dah ada 10% spti DSAI....coma, bezanya, kaki betina, kaki mabok & kaki kencing....Mana yg lebih penting, parti atau individu....lu fikir sendiri..!!

Renung2kan lah wahai melayu tambun, jgn jadi heritage value dah, mcm limau tambun...tinggal nama je nnti....Jgn kerna individu2 ini, nasib Ketua Bahagian di pertaruhkan.....

lemuju said...

Bro, wa lu punya fitnah sudah banyak teruk bro...apa bukti lu punya cerita...apa salah pula bro kalau orang nak pergi KL malah ada juga orang umno, orang pkr, orang dap, orang pas bukan pergi je malah ada duduk KL bro ...lu punya cerita tarak bukti bro..

Persepsi dan cerita rekaan yang tak ada bukti kerana dengki atau busuk hati...wa pun boleh cerita lu kaki pompuan, lu kaki minum, lu kaki ganja, lu kaki pegi siam. tapi wa tau hukum hakam dosa fitnah apa dia punya hukum..

Semua orang bebas buat apa pun bro, "tiada sesiapa boleh mengubah nasib satu - satu bangsa kecuali bangsa itu sendiri berusaha mengubahnya", usaha dan terus usaha pasti berjaya, usaha dia orang pun kalau nak kaya ka, miskin ka, nak papa kedana ka.. tak ada kena mengena dengan lu atau Dato Sri husni atau siapa saja.

jaga bro,,,tulis ingat juga dosa pahala.

Anonymous said...

salam.... bro lu citer mcm lu rapat sgt ngan org dlm tambun... wa nak ckp ckit... kalau lu plk duduk tempat diorang... seminggu ader 7 hari,mcm maner bro... 7 hari kena kejer, tinggalkan family n x de masa SENDIRI... lu boleh ker bro????????? lu ingat semua org nak ke mcm 2?bila ader org berjuang n buat benda luar biasa dah cemburu... tepuk dada tanya selera??????????? ds husni adalah idola seluruh parlimen tambun.lu pun tahu... ds husni bkn manusia biasa mcm lu... dia luar biasa, mahu pun dr aper segi pun... renung lah... DS husni bijak org nyer... lu ingat dia saper nak d perbodohkan...
SKUAD PEMUDA TAMBUN

Anonymous said...

wa respect sm MKII tp, dgn cerita2 yg mungkin benar & tidak ini, wa takut nnti MKII hilang kerusi, wa kehilangan idola wa....

Belajar dari sejarah & bahagian2 yg terdahulu, jika byk exco2 bahagian yg lebih sudu dr kuah, pasti terpalit ke Ketua Bahagian...tumbang satu pemimpin yg berwibawa......ingat, rakyat sekrg bukannya bodoh atau tidak peduli......

Walaupun apa pun, tidak ada pohon yg bergoyong jika tiada sebab....

-Aduan Rakyat-

Anonymous said...

salam 1 malaysia... cerita nyer memang x benar pun... lu pikir la sendiri fakta2 nyer... pohon yg bergoyang oleh tgn org... fitnah semata-mata... nak jatuhkan org saje krn x dpt aper yg d hajatkn....UMNO tambun tetap kukuh... UMNO bahagian terbaik d malaysia...
HIDUP UMNO TAMBUN

pundek said...

blog yang tiada etika, perosak manusia, silap2 boleh rosak rumah tangga orang tak pasal2...

bertaubat lah...kalau niat buat blog semata - mata nak buruk kan orang lain...ingat yeop orang akan doa kan kita dan keturunan kita ditimpa bala.

baik buat kerja yang berpaedah dari hidup berdosa dengan manusia.

Anonymous said...

Bro, buka nama2 tu je, si Setiausha Kerja, apa ke nama nya Rashid tu pun kaki minum, kaki betina, kaki girpren setiuasaha kerja bahagian lain jugak bro, kaki solap duit jugak..ish..apa nak jadi le.

MUDABELIA.COM said...

awak sapa mau cerita semua orang tak betul? awak suluh diri awak dulu, apa sumbangan awak pada bangsa agama dan negara.

Anonymous said...

inilah yang di namakan melayu.sejak dari zaman kesultanan melayu melaka sehingga sekarang.perasaan hasad dengki masih menebal di jiwa orang melayu.asal orng melayu maju, maka ada saja dengki dan khianat tersemat di jiwa.pernahkah kita bersama mereka dahulu.susah senang bersama mereka.perit kehidupan di masa lampau.pernahkah kita terfikir.bila usaha keras mereka menampak kan hasildan dapat menikmati keselesaan hidup dengan usaha sendiri yang bersih, maka bermacam2 perkara yang keluar dari mulut mereka yang tak berhati mulia nie.di lihatkan umno tambun banyak melakukan kerja2 untuk rakyat di parlimen tambun tanpa mengira sesiapa pun.hanya orang2 yang berhati busuk sahaja yang sanggup melihat bangsa mereka hancur.kita mempunyai agensi penguatkuasa.jiaka ada perkara2 yang di rasakan pemimpin ini melakukan kesalahan, maka pergilah buat report.jangan hanya berani menulis sahaja. BERANI KERANA BENAR.maka jadi seorang anak jantan yang BERANI.

Anonymous said...

aku rasa, sekarang nie aku tgh lihat drama melayu yg biasa dilihat d kaca tv.penuh dengan hasad dengki tanpa mengetahui yang mana betul dan mana FITNAH.hahahahahahahahahahah syabas melayu yang bersifat PHD.

IPOHMALAY said...
This comment has been removed by the author.
IPOHMALAY said...

Tukang buat Blog ni tak ada kreditlah...

Bercakap macam orang pandai tapi nampak juga bodohnya...

Cik Na aku kenal sejak 1985.

Kalau dia playboy dulu kala, kenapa hari ini yang hendak dipersoalkan. Si penulis sendiri masih berpoya-poya di disko ( budaya buruk Melayu Ipoh ) sedangkan Nasir telah kembali ke tikar sembahyang.

Harus diingat kita tak boleh menilai manusia seolah-olah kita Tuhan.Ketulah akibat tabiat belagak seperti Tuhan dalam menilai orang amat buruk ke atas diri makhluk itu.

Yang menulis blog ini lah punca perosak perpaduan UMNO Tambun.

UMNO Tambun mungkin memiliki liabiliti seperti Mazlan dan Suhaimi seperti yang didakwa. Tetapi Cik Na bukan liabiliti.

Nasir dalam 10 tahun menerajui Ketua Pemuda Bahagian telah menyatu padukan pemuda Tambun dan pepecahan tidak pernah berlaku.

Seruannya membawa sokongan yang tidak berbelah bahagi hingga Husni berjaya mengekalkan kerusinya selama 15 tahun.

MELAYU JENIS EMPUNYA BLOG INI MUDAH LUPA. Dah suka buat-buat lupa.

Kecuali dari golongan "haramjadah" puak-puak yang cuba bertanding, lalu kalah, akhirnya membawa diri. Mereka ini sanggup mengundi pembangkang kerana berhati Melayu Kuno dan pengamal politik zaman mudah dijajah. Busuknya hati mereka umpama nanah yang akhirnya menjadi barah.


Bandit-bandit ini bukan sahaja liabiliti kepada UMNO Tambun, tetapi bandit kepada UMNO Malaysia keseluruhannya.

Pesan aku kepada penulis blog ini, jangan dilepaskan cerita mengikut dugaan sahaja. Kaedah spin seperti Pakatan Rakyat ini, cepat mendapat balasannya.

Hakikat paling nyata kini ialah, kedengaran di merata-rata rakyat Tambun semakin MENYAMPAH dengan Husni Hanadzlah yang bongkak dalam ucapan dan murah senyuman plastik.

Ucapannya tidak pernah menyebut keazaman berubah untuk meninggalkan corak berpolitik Melayu kuno, melainkan rasa bangga mengenai pencapaian dirinya sendiri.

Tetapi kami, walaupun menyampah dengan beliau, amanat PRESIDEN tidak kami mungkiri. Kami mahu UMNO menjadi tunjang Malaysia.

Debu dalam air, jika dicurah tawas, akan mendap ke dasaran.

Ingatlah bahawa tuduhan tanpa asas hanyalah semata-mata pakaian Pakatan Rakyat.

Penulis blog ini hanya muncul sebagai alter-ego bagi menutup rasa kemenyampahan ramai seperti yang banyak telah diperkatakan sekitar tambun dan di dalam dunia siber terhadap kesombongan Husni yang selesa di penggal keempat di Tambun.

Beliau terselamat dengan majoriti lebih kecil dari jumlah pengundi pos di Tambun dalam PRU 12.

Di situ sahaja menunjukkan beliau tidak layak untuk bersifat narsis.

Tambun bukan kerusi Husni. Tambun ialah kerusi UMNO. Husni adalah wakil UMNO sahaja. Sesiapa yang bertanding sebagai BEBAS yang boleh melingkupkan beliau boleh melompat ke dalam UMNO bila-bila masa.

Kami, mengundi Husni bukan kerana namanya. Kami mengundi beliau kerana lambang yang diwakilinya.

Penulis blog ini adalah hampas Tambun yang mencari ruang untuk memporak perandakan.?

Penulis tak heran. Kerana sampah-sampah seperti ini adalah bajingan yang busuk, yang tumbuh dari ketakutan puak tertentu sendiri dalam Tambun.

Jika tidak salah, kenapa harus takut sehingga mencipta fitnah yang jelas melambangkan polemik bodoh yang timbul dari hati yang busuk?

Ingatlah, terlalu ramai Melayu yang bijak-bijak belaka di luar UMNO (dibaca : di luar lingkungan exco2 yang pakar menjual sate) yang menyokong kerajaan.

Sang penulis blog ini juga adalah hampas-hampas ramuan seni politik yang memang semua orang tahu, penuh ego dan tinggi diri.

Budaya tipikal Melayu UMNO yang seharusnya, dalam usaha reformasi politik UMNO peringkat dalaman, sudah lama ditiadakan.

Anonymous said...

NAMPAK SANGAT GENERATION-X INI ADA PHD. PERASAAN HASAD DAN DENGKI. BELAJAR DARI AL-JUBURI KOT?

Anonymous said...

Saya tertarik utk menulis setelah baca IPOHMALAY, utk pengetahuan, sy mengundi d tambun & bener, dulu sy mengundi utk YB, tp, insyallah, mungkin tidak utk Election akan dtg. Dan, saya tidak akan lagi mengundi kerana 'lambang', tp calon yg boleh dipercayai membawa kegemilangan melayu...jika tiada, undi rosak lah jadinya.....

Akhir2 ini, saya sedih dgn bahan2 di blog2 yg melemahkan bangsa serta kebangkitan Melayu, kecuali Perkasa, di mana, saya lebih rela menyertai drpd umno sendiri.

Dan pula, yg disekeliling YB, lebih cenderong kepada mengawal semua pergerakan YB hingga tiada kepincangan di lapurkan....dah jadi mcm zaman jepun....

Pengalaman serta sejarah jgn harus di ulang, sekali perubahan datang, hilang semua laungan, sorak serta air mata gembira.......

Satu sahaja soalan saya, jika YB tiba2 di gugurkan dr Kementerian Kewangan, apa nak jadi ke Tambun ? Dimana org2 dikeliling YB akan menadah tangan, bertempik sorak.

Soalan bonus, jgn berkisar dgn org2 umno serta BN sahaja, rapatkan diri dengan pengundi2 baru yg muda serta berpelajaran, yg boleh memikir serta punyai citarasa serta fokus yg berbeda...Jika YB kalah dan menjadi Ahli biasa......jgn salahkan pengundi berpaling tadah...salahkan exco2 serta gerak gempur pemuda kerana kegagalan mereka untuk berubah.

'Melayu Mudah Lupa'

Anonymous said...

yeop...sibu dah kalah...next tambun pula yeop.....

Anonymous said...

Selepas disiasat rupanya tuan punya blog ni adalah Pembohong macam Anwar PKR jugak. Dan apa yang ditulis main imeginasi saja. Semoga Allah SWT menunjukkan jalan untuk kembali ke padamu dari membuat fitnah.

Anonymous said...

Wondeгful bеat ! I would lіke to арρrenticе ωhilе уou amenԁ уоur web sіte, how could i subscribe fοr a blоg site?

The aссount hеlреd mе а acсeρtable ԁeal.
I haԁ been tіny bit aсquaintеԁ of thіs уour broadcast pгovidеd bright cleaг conсеpt

Feеl fгeе to visit mу web-sitе:
instant approval payday loans

Anonymous said...

benarkah apa yg di tulis.kalau apa yg di tulis ini palsu, maka ia adalah fitnah.apakah hukumnya memfitnah orang.kalau yang menulis ini adalah dari kalangan pembangkang, maka itu memanglah asam garam mereka.

Anonymous said...

For latest information you havе to visit internet and on woгlԁ-wide-wеb
I found this sіte as а mоst exсellent web page fοr mоѕt uρ-to-dаtе updates.


Here is my wеbsіte: lloyd irvin

Anonymous said...

Somеonе necessaгily lenԁ a hаnd to make critіcаlly aгticleѕ I'd state. That is the first time I frequented your web page and so far? I amazed with the research you made to make this actual post extraordinary. Magnificent task!

my website: reputation management