Wednesday, June 16, 2010

TAHNIAH HAMDAN TAHA!

Tahniah Hamdan Taha kerana berjaya mencipta senario yang diinginkan. Anda berjaya melaga-lagakan kepimpinan YAB DS Dr Zambry Abd Kadir hanya kerana dendam bersifat peribadi ke atas sahabat-sahabat anda yang lebih dipercayai oleh beliau. YG melihat, permasalahan ini telah sampai ke kemuncaknya apabila Hamdan Taha dengan gerakan yang ada berjaya melaga-lagakan S/U Pergerakan Pemuda UMNO Perak merangkap Ketua Pemuda Ipoh Barat dengan YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir.

Ia merupakan satu lagi kejayaan besar kepada Hamdan Taha setelah berusaha berkali-kali bak kata pepatah USAHA TANGGA KEJAYAAN dan akhirnya dia berjaya mencapai bintang di langit. Usaha kotor Hamdan Taha ini sebenarnya seperti baling batu sembunyi tangan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, memang benar Pemuda Ipoh Barat berjiwa pejuang, malah mereka cukup dikenali di UMNO Perak serta BPUNPk.

Apa yang dapat dilihat, sedikit sebanyak pergolakan yang berlaku ini memberi peluang besar kepada puak-puak Pakatan Riak serta pengkritik-pengkritik politik untuk menghentam Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin MB Perak sedangkan kita tahu, kepimpinan Negeri Perak ketika ini berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Kewujudan GAZ ini hanya akan mencacatkan usaha-usaha yang telah dibuat malahan usaha yang telah dirancangkan bagi kesejahteraan semua.

YG cuma ingin bertanya...Siapa Hamdan Taha? Adakah dia S/U MB? Adakah dia Pegawai Khas kepada MB? kerana pada YG Hamdan Taha hanyalah seorang insan GAGAL kerana beliau GAGAL di dalam UMNO, GAGAL di dalam PKR dan kini gagal sekali lagi di dalam UMNO apabila dia tidak diberi keutamaan seperti yang diharapkan olehnya. Kerana KEGAGALAN itu, mengapa Hamdan Taha perlu campurtangan di dalam Politik Perak...
Katakan pada YG, siapa HAMDAN TAHA?

4 comments:

Ipoh Gurl said...

Kalau nak dikirakan GAZ ni, HT la pandai sebab bijak mencatur permainan. Puak-puak yang mencipta GAZ ni pula saya nampak bodoh...SIA-SIA...ENTAH APA-APA

taipingmali said...

oooo ini lah peluru-peluru yg akan dikutip oleh pembangkang.....kecewa tak dapat projek kut?

Anonymous said...

saudara layak jadi musang bulu ayam, tahniah dalam usaha memburuk-burukkan pemimpin UMNO kerana jatuh nya UMNO saudara yang herooooo

ajhasriq said...

aku rasa lebih baik korang p ronda tambun dulu.. aku kecewa dengan umno tambun, asal balik jer tak penah dgr citer yg baik dari keluarga, kat kg melayu batu 8, jalan hancur, masjid jer besar tapi jalan blecak, kata menteri kewangan.. buat la keja, jangan asik nak burukkan orang jer.. aku rasa baik korang cerminkan diri dulu..