YB Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Kini sah UMNO memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Pemerintahan menggunakan suara Mahkamah yang sememangnya menjadi bahan atau jentra paling bernesan buat kerajaan Barisan Nasional khasnya UMNO.
Setelah setahun memerintah apa yang berjaya Kerajaan Negeri bawah kepimpinan Dr. Zambry lakukan. Ana fokus di Ipoh, bandaraya yang pesat membangun. Dari segi pentadbiran bandaraya Ipoh adalah di bawah Majlis Bandaraya Ipoh, perjalanan pentadbiran dibantu oleh ahli-ahli majlis lantikan parti politik yang memerintah. Kini UMNO/BN adalah pemerintahnya jadi perlantikan ahli majlis adalah bawah kuasa mereka.
Encik Nasir Ismail
Ana membangkitkan soal Majlis Bandaraya Ipoh adalah kerana ingin menceritakan perihal tingkah laku dan sikap seorang ahli majlis khasnya dari proksi UMNO Bahagian Tambun iaitu En. Nasir Ismail, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tambun. Antara orang kanan kepercayaan YB. Dato’ Seri Husni Hanadzlah. Namun kepercayaan YB. Dato' Seri Husni kepada si Cik Na telah dinodai.
Mengimbas kembali sejarah politik Cik Na, dimana Cik Na pernah digulingkan pada lewat 90 an sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak dan digantikan oleh Dr Zambry. Semua berpunca dari rasa tidak puas hati Ketua2 Pemuda Bahagian berkenaan agihan keuntungan projek balak (balak lagi).
Sejarah hanya tinggal sejarah, dulu lain, sekarang lain. Kini Cik Na mula mengatur langkah dalam pengagihan tender di dalam MBI. Tidak cukup dengan itu, ana dengar cerita beliau juga bernafsu dalam menukarkan Datuk Bandaraya Ipoh. Kenapa hendak ditukarkan, hanya kerana dendam kesumat beliau yang masih belum terpadam sehingga ke hari ini.
YB Dato’ Nadzri Ismail Itu di MBI, dalam politik UMNO Tambun, Cik Na aka Playboy Malaya dikatakan sudah mula melaga-lagakan Ketua-Ketua cawangan khasnya yang berada di DUN Manjoi untuk menafikan usaha dan gerak kerja YB Dato’ Nadzri Ismail yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun. Tak padan dengan 'pendek' nampak gayanya Cik Na ni bernafsu juga untuk melobi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Manjoi.
Tak terfikirkah Cik Na bahawa setiap perbuatan yang jahat sudah pasti akan ada balasannya, cuma cepat atau lambat untuk diterima. Hukum karma, 'what goes around comes around'.
Ana juga dimaklumkan, kerja menjatuhkan dan memburukkan YB Nadzri Ismail bukan dilakukan oleh Cik Na seorang. Tapi di bantu oleh beberapa rakan lain yang punya agenda seakan serupa dengan beliau. Suhaimi Din Pegawai Parlimen kepada YB Husni kalau dilihat cara penampilan beliau tidak ubah seperti Setiausaha Politik kepada YB Husni. Mungkin sebab itu beliau kini dikatakan juga melobi agar Saudara Amin, Setiausaha Politik YB Husni di Kementerian Kewangan dikeluarkan. Dengan harapan beliau akan mengambil alih jawatan tersebut. Kenapa tidak duduk bekerja sahaja di Pejabat Ahli Parlimen di Tambun bukan duduk di KL sahaja.
Mazlan Abd RahmanSaudara Mazlan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Seorang kakitangan Pejabat Hutan yang menjalani kehidupan mewah melebihi seorang pengarah urusan syarikat. SPRM perlu siasat beliau. Selain melaga-lagakan kepimpinan pemuda UMNO Perak, beliau juga menggunakan Nasir Ismail dalam memastikan kroni-kroni yang menyokong mereka bertiga terus mendapat projek di dalam MBI. Ana ingin bertanya kepada Mazlan, di mana kekuatan anda, adakah hanya sekadar kuat untuk mengadu domba?
Teluskah mereka ini? Haruskah orang sebegini dibiarkan terus mencalar imej pemimpin UMNO kita yang sering dipandang serong oleh rakyat? JUJUR kah mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai PEMIMPIN? Kenapa YB Nadzri Ismail ADUN Manjoi di lagakan bersama AJK Bahagian dan Ahli di Peringkat cawangan dalam DUN TAMBUN? Inilah cara halus yang membuat UMNO rebah di muka buminya hasil usaha dari ahli UMNO itu sendiri demi mengisi perutnya sendiri dengan memijak kepala bangsanya sendiri.
Orang seperti Nasir Ismail, Suhaimi Din dan Mazlan harus di NYAHkan dari Bahagian Tambun. Mereka ini adalah duri dalam daging, sel KANSER yang jika dibiarkan akan membunuh politik YB Dato’ Husni secara halus. Sekiranya tidak dirawat atau dibuang, bukan Dato’ Husni sahaja yang rugi malah UMNO Tambun akan mendapat badinya sendiri.
Nantikan pendedahan seterusnya dari ana kepada anda semua. Renungkanlah dan perhatikan pergerakan dan cara kehidupan mereka. Andai ada yang mengatakan ana menipu maka anda layak membaca dan anda juga layak menilai sejauh mana kebenaran cerita ana ini.