Thursday, March 11, 2010

TSUNAMI MELANDA PEMUDA TAMBUN.

Naib Ketua Pemuda Bahagian Tambun
Mazlan

Wahai Naib Ketua Pemuda Bahagian sdr. Mazlan, kenapa perlu di kepong YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian kita tu? Bukankah bila menjadi pemimpin, seseorang itu adalah milik semua rakyat? Bukan milik sesetengan orang sahaja?

Ana teringat sewaktu zaman Azizul menjadi Naib Ketua Pemuda Tambun, sama juga perangainya yakni mengepong YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian dari dirapati oleh mereka yang dirasakan mengancam ketokohannya. Tapi diakhirnya, dulu Azizul adalah orang kanan YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian sudah mula meninggalkan YB. Dato’ Seri Ketua Bahagian. Kerja siapa semua ini? Jawapannya mudah kerja saudaraku Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun.

Itu tadi soal KEPONG dan PALAM, ini pula soal PALAM dan SABOTAJ. Siapa punya angkara? Jawapan bagi soalan tersebut adalah saudara kita, Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Perasan atau tidak program Pemuda Bahagian kian berkurangan. Seolah-olah saudara Ketua Pemuda Bahagian Tambun yang mesra dipanggil Sam tidak langsung berminat untuk menerajui Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Benarkah sdr Sam sudah tidak berminat? TIDAK BENAR sama sekali, ana dapat rasakan ini semua caturan dan game yang dicontrol oleh saudara kita Mazlan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun. Hebat abg pendek ni, badan pendek tapi akal panjang. Banyak program sebenarnya di rancang oleh sdr Sam untuk dilaksanakan di Tambun khas buat Pemuda Bahagian. Tapi tindakan Mazlan mengsabotaj setiap program adalah amat tidak dapat diterima oleh Ana. Kenapa perlu di palam program yang melibatkan pemuda khasnya MELAYU? Tentu Mazlan ada jawapannya.

Begitu hebat mainan Mazlan hinggakan sanggup menjatuhkan Ketua Pemuda Bahagiannya sendiri. Dengan cara mencucuk YB Dato’ Seri Ketua Bahagian dan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang lalu, Mazlan berjaya menghilangkan keyakinan Sam untuk turun ke kawasan serta mengadakan sebarang program tanpa Mazlan disisi. Kerana agenda busuk antara Mazlan, Suhaimi Din dan Cik Na maka terkapai-kapailah Sam di bahagiannya sendiri. Seolah-olah Sam adalah orang asing hingga di saat ini kalau semua perasan bila Sam pulang ke Ipoh, beliau tidak akan bersama Mazlan. Hanya kerana apa? Kerana Sam tahu bahawa mereka ini adalah GUNTING DALAM LIPATAN UMNO TAMBUN. Mereka boleh menaikkan seseorang dan mereka juga mampu menjatuhkannya seandai nafsu serangkah mereka tidak dituruti.

Saudaraku di Bahagian Tambun, nilailah sendiri. Jangan diterima sebulat-bulatnya andai anda tidak yakin. Tapi berwaspadalah anda ketika bersama mereka sebelum anda menjadi MANGSA SETERUSNYA.

Wasalam dari ANA.....................

17 comments:

Anonymous said...

ini sudah tak betul bro.. apa cer mazlan ni?

Anonymous said...

Aq rasa yang boleh jawab adalah Sam KP kita dan Lan NKP. So Pemuda harus main peranan panggil mereka berdua dan buat table talk untuk mencari jawapan.

Anonymous said...

Datuk Husni pun x boleh dipercayai. Melayu sudah sombong, dialah.

Ipoh gurl said...

Di mana-mana pun, kalau KB bermasalah, sudah pasti kepimpinan di bawah bermasalah...Tak sedar-sedar lagi puak-puak UMNO ni, dah hilang semuanya nanti, baru nak sedar balik...macam 11 bulan dulu tu..

Pemuda Sana Sini said...

Kepimpinan Pemuda Tambun seharusnya menyedari masalah yang sedang melanda. Apa tindakan KP Tambun serta barisan ajk dalam menghadapi masalah ini? Nak berdiam diri sambil masalah memakan diri kew?

Pakatan Rakyat said...

Ini lah UMNO...Tak habis-habis dengan kerja cantas mencantas, tikam menikam. Sampai bila pun korang ni tak akan habis dengan masalah dalaman. Lagi menyedihkan bila korang ni tak pernah sedar masalah dalaman yang korang hadapi...SEDAR LAH!!!

Puteri Ayu said...

Benarkah cerita ini semua? Apa tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak? Kalau benar perkara ini berlaku, maka tindakan untuk memastikan prkara ini dapat dibendung harus dilakukan segera.

Anonymous said...

Assalamualaikum, fakta tentang saudara Azizul tak betul saudara, saya kenal dia, dia dulu Naib Ketua Pemuda Bahagian Tambun, atas prestasi kepimpinan dia masa lampau Azizul sekarang dilantik oleh YB Dato Sri Haji Husni sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tambun iaitu orang nombor 6 sebelah Dato Sri Haji husni dalam kepimpinan UMNO, malah baru2 ini saya hadir program jelajah kampung 1Malaysia yang dimaklumkan 71 kampung mereka jelajah malah penceramahnya Azizul, Haji nasir dan Saudara Suhaimi, pagi, petang dan malam tiap2 hujung minggu mereka berkerja untuk selesaikan tanggungjawab, malah ceramah mereka membantu memberi ilmu pada masyarakat dikampung2, saya bangga anak muda dibawah kepimpinan Dato Sri Haji Husni mampu di tonjolkan sebagai penceramah.

Masa bila Pemuda Tambun kecoh? atau saudara saja sendiri yang wujudkan di blog saudara umpama seperti ada agenda tersembunyi, jangan jadi gunting dalam lipatan saudara, jangan memfitnah, bahaya dosanya, saya hanya menasihatkan saja, mungkin dalam hidup kita dalam keadaan aman dan dan senang kita tak berfikir secara waras, tetapi ingat apabila badan tak sihat, kubur memanggil2 baru kita sedar akan dosa kita memfitnah saudara sendiri tak termampu untuk kita mohon kemaafan, keitika itu insaf dan taubat pun tak diterima, kecuali diampun oleh tuan punya badan.

Saya berbangga dan rasa selamat tinggal didalam Bahagian Tambun kerana semua saya seperti UMNO Bahagian, Wanita, Puteri, dan Pemuda sehati sekata, banyak program yang dirancang dan dilakukan semampu mereka secara sukarela.

Ingat sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan, cuma jangan kita menjadi penyumbang terbesar apabila PRU ke 13 kelak UMNO/BN dalam bandaraya Ipoh kalah, kekalahan atas kelakuan kita yang menulis didalam blog ini. beri pandangan yang membangun dan membantu kekuatan UMNO/BN, tumpukan di kawasan2 yang UMN/BN kalah seperti Ipoh barat, Ipoh Timur, Gopeng, Sg Siput, Batu Gajah dan lain2 tempat, dimana UMNO/Bn disana, saudara bantu lah mereka, dari kita hancurkan tempat yang kita kuat.

Jadi warga yang menyumbang tenaga, fikiran dan pandangan yang membangun, daripada duduk depan komputer semua orang tak betul, semua orang salah, sedangkan kita tanya diri sendiri apa sumbangan kita pada bangsa, agama dan negara? tanya diri, cermin diri, suluh diri.

Anonymous said...

Salam, saya anak pasak bumi Tambun, saya telah bersama Dato Seri semenjak tahun 1993 dibwh kepimpinan Dato Seri, UMNO Bhg Tambun tidak pernah berkocak sehingga sekarang. Saya percaya apa yang saudara taipkan ini adalah satu fitnah dan pembohongan. Saya sebagai orang tua yang lama dalam UMNO Bhg Tambun amat mengenali anakanda Hj Nasir, Mazlan dan Suhaimi Din. Mereka ini bukan seperti yang saudara gambarkan.

Disini saya jelaskan, bahawa saya amat mengenali Saudara Mazlan. Beliau nampak senang kerana isterinya seorang Pengurus Syarikat keluarga isteri beliau yang merupakan pembekal alatan hospital. Isteri beliaulah yang banyak membantunya. Saudara nak tahu, saudara Sam dan Mazlan adalah gandingan yang terbaik untuk menerajui Pergerakan Pemuda Umno Bhg Tambun. Pemuda Umno Bhg Tambun tidak pernah ada persengketaan malah semua sayap Wanita, Puteri membantu Dato seri dalam apa jua program untuk membangunkan rakyat Parlimen Tambun. Saya rasa saudara telah melaga lagakan saudara Sam dan Mazlan, padahal mereka kedua duanya adalah anak didik Dato seri, supaya dapat membantu Umno Bhg Tambun. Saya rasa saudara harus insaf dan bertaubat sebelum tuhan mencabut nyawa kita.

Saya juga ingin memberitahu saudara Umno Bhg Tambun tidak ada sistem cantas mencantas, semua Umno Bhg Negeri Perak ini tahu bahawa Umno Bhg Tambun ini adalah yang terbaik. akhir kata biarpun saudara Mazlan dan Hj Nasir berbadan pendek tapi mereka banyak menolong program Umno Bhg Tambun. apakah sumbangan saudara kepada Umno Bhd Tambun? Adakah hanya untuk memecahbelahkan orang orang melayu Bhg Tambun....,

Anonymous said...

ada yg menyokong, ada yg tidak...tp, yg pasti, individu2 tersebut gunakan nama Ketua Bahagian utk mendapat kemewahan wang ringgit serta kemudahan tiap kali ke Kuala Lumpur.

Tinggal di hotel2 mewah serta ke karaoke mewah dan juga di kelilingi perempuan2 setiap kali ke Kuala Lumpur..Apa hal ke KL tiap2 minggu..? Meeting ? Jumpa siapa ? Dgn Siapa ?

Menipu, mengambil wang dan gunakan nama Ketua Bahagian....lambat laun, akan terbongkar juga semua kurap2 di badan......Perjuangan dilaungkan, parti diutamakan, tp individu disebut dah ada 10% spti DSAI....coma, bezanya, kaki betina, kaki mabok & kaki kencing....

Renung2kan lah wahai tambun, jgn jadi heritage value dah, mcm limau tambun...tinggal nama je nnti....

lemuju said...

Bro, bukan cerita sokong atau tidak bro... tapi pengisian penulisan satu - satu isu biar berbukti bukan cerita fitnah...menulis bukan untuk diminta sokongan bro...tapi menulis memberi ilmu dan input yang membina kepada masyarakat.

wa ingat baik lu tutup saja lu punya blog ni bro... sebab lagi banyak lu tulis lagi banyak lu punya dosa memfitnah... wa kasi ingat sama lu DOSA FITNAH SAMA DENGAN MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SENDIRI... wa banyak teruk oo itu dosa agama kasi cakap.

syok - syok tulis blog, itu malaikat kiri lu punya bahu syok - syok catit lu punya dosa..

BERTAUBAT SEBELUM ANDA DI TAUBATKAN.

Unknown said...

Asslamauaalaikum, apa yang hairan sangat tuanpunya halaman blog, pergi KL 2 jam saja bila siap double track 1 1/2 jam je, apa salah pergi Kuala Lumpur. ada juga yang pergi hari - hari mencari rezeki.

Penulisan ini nampaknya jumud dan mempunyai hasrat tersembunyi,

Anonymous said...

ni la melayu...menang sorak, bangsa di gadai......

tak habis2 dengan tamak, dengki, syak wasangka & dendam.....padahal, matlamat berparti sudah luput spti melukut di tepi gantang...

walau apapun, tak kan pokok bergoyong tanpa sebab.....kadang2, hamba terkilan dgn sifat2 melayu tulen....juga terkilan lihat melayu2 parti lain yg melakukan sesuatu tanpa akal fikiran yg waras berlandaskan agama dan ilmu pengetahuan.......

Yg sebenarnya, tanpa ilmu pengetahuan, akal jadi kosong & pengalaman di sandarkan sebagai ilmu...ini yg buat jadi hura-hara melayu......

Tup2, tumbang Perak ke parti pembangkang.....lepas itu kecoh satu malaya....

Jadi, betul kan yg mana bengkok, tunaskan kembali bait2 perjuangan asal, ambil iktibat kejatuhan kesulatanan Melaka.....

Akhir kata, jgn menang sorak yg berbayar & tepuk yg berhuluq....

Anonymous said...

Saudara memang masakan tak ada angin pokok bergoyang ...

tapi ini pokok bergoyang sebab ada tangan hantu yang gocang pokok tu... macam blog Y.Gen ni jadi tangan hantu.ha..ha..

Anonymous said...

sebab utama ialah kami ahli biasa UMNO tambun dah menyampah dengan barisan exco yang syok sendiri termasuk ketua bahagiannya

Anonymous said...

ni dah kes berat, jika ahli berdaftar sendiri dah menyampah dgn barisan2 exco serta ketua bahagian. Walhal, ketua bahagian tambun ialah Menteri Kewangan Ke II.....parah nie...mcm mana pula persepsi pengundi2 lain.......

Mcm DS Najib kata mlm nie, jgn jadi spti LDP di Jepun, kalah sebab 3 faktor, syok sendiri, berpuak-puak serta utk kepentingan sekelompok sahaja......pengundi2 serta rakyat jelata tak di endah....

Berat2....Jadi, kuasa di tangan anda semua...

- citizen right -

-

Anonymous said...

sibu terlungkup......nak tengok tambun mcm mana nnti....biar kalah juga supaya semua sedaq.....wkwkwkwkwk